Daftar Blog Saya

Jumat, 23 Desember 2011

- TUMBUHAN

Istilah tumbuhan jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasa tumbuhan. Kita cenderung untuk menganggap tumbuhan sebagai organisma multicellular, eukaryotic yang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya tumbuhan vaskular (vascular plant) mempunyai "akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, seperti tumbuhan kanivor dan pokok janggut nabi, tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari.

Istilah tumbuhan yang lebih luas adalah semua autotrof (autotroph) — iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalam sistem ekologi. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (photoautotrophs) dalam Prokaryote, khususnya bakteria photoautotrophik dan cyanobacteria.

Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali sebagai alga biru-hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa kebanyakan orang, termasuk botanis, memanggil cendawan (mushroom) sebagai tumbuhan, walaupun cendawan adalah badan berbuah (fruiting body) fungi (Alam Fungi), dan bukannya photoautotrophic sama sekali, tetapi saprophytic. Dan terdapat agak banyak spesies tumbuhan berbunga, fungi, dan bakteria yang merupakan parasit.

Sistem pengelasan biologi semasa (lihat cladistics) cenderung untuk memberi penekanan perkaitan genetik antara organisma sebagai asas pengelasan. Secara sempurna, taxon (atau clade) perlu monophyletik; semua organisma dalam taxon atau clade sepatutnya berkongsi leluhur tunggal, dan taxon atau clade sepatutnya merangkumi semua keturunan dari leluhur tunggal itu. Satu cara lain mentakrifkan Alam Tumbuhan adalah untuk menentukan samaada semua organisma dalam alam boleh dijejak kepada leluhur tunggal.

Kita tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Senarai ciri-ciri yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada alam biologi lain memberikan sekurang-kurangnya takrifan teknikal. Masalah kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkan tumbuhan adalah pernyataan kefahaman (understanding statements), sering dijumpai dalam rencana Wikipedia, contohnya: ...xylem merupakan satu dari dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia tidak boleh dianggap merangkumi semua tumbuhan, alga sehingga tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak merangkumi fungi atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular (khususnya paku-pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh., ...dalam tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini ).

Sistem pengelasan (lihat pengelasan saintifik) digunakan oleh para biologi untuk mengkatalog organisma yang hidup di bumi telah digunakan oleh beribu pakar sains yang meluangkan masa untuk melengkapkannya. Sistem ini direka agar "berkecuali", mentakrifkan perkaitan evolusi antara kesemua spesies berlainan (termasuk yang hanya dikenali melalui fosil). Tumbuhan adalah sebahagian daripada usaha pengelasan dan samaada menentukan "tumbuhan" secara meluas atau khusus, kita mesti memasukkan rujukan kepada sistem pengkelassan dalam kesemua usaha terpelajar untuk mendapatkan atau memberikan mamlumat mengenainya.

Palm Oil

Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia
1.1 Taman Botani Bogor, Indonesia
1.2 Perladangan kelapa sawit di Malaysia
2 Definisi
2.1 Pelepah sawit
2.2 Klasifikasi baka sawit
2.3 Pembiakan benih sawit
3 Potensi minyak sawit
4 Komoditi pertanian utama
5 Kepentingan kelapa sawit
6 Serangga perosak
7 Teknologi baru
7.1 Pensterilan berterusan
7.2 Teknologi dandang baru
7.3 Pembuangan benda asing
7.4 Kitar semula
7.5 Elak tuai, jual buah muda
7.6 Minyak kelapa sawit sebagai minyak diesel
8 Kegunaan
8.1 Aiskrim
8.2 Konfeksi
8.3 Krimer
8.4 Serbuk santan
8.5 Sosej dan burger
9 Persaingan peringkat dunia
9.1 Saingan
9.2 Minyak kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari
9.3 Tuduhan Kesatuan Kacang Soya Amerika
10 Cabaran globalisasi
10.1 Pertambahan penduduk dunia
10.2 Paten ke atas harta intelek atau produk
10.3 Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah
10.4 Kerjasama dan persefahaman antara negara
11 Pencemaran alam sekitar
11.1 Tanaman sawit mesra alam sekitar
11.2 Pencemaran alam sekitar oleh kilang sawit
12 Anugerah yang diterima
12.1 Anugerah pekebun kelapa sawit terbaik
12.2 Anugerah kilang sawit terbaik
12.3 Kilang sawit contoh
13 Kesimpulan
14 Lihat juga
15 Pautan luar dan rujukan

kapan ya

Bila saatnya hujan akan berhenti, ku akan kembali pulang....
ha ha ha ha